
NAY PYI TAW, 17 April – Myanmar membebaskan bekas presidennya, Win Myint, sebagai sebahagian daripada pengampunan yang melibatkan pembebasan 4,335 banduan, lapor media kerajaan pada Jumaat.
- Presiden baharu Min Aung Hlaing meluluskan pengampunan ke atas 4,335 banduan, sebagai langkah ketiga dalam enam bulan.
- Antara yang dibebaskan termasuk 179 warga asing yang akan dihantar pulang.
- Pengampunan di Myanmar biasanya diberikan sempena Hari Kemerdekaan pada Januari dan sambutan Tahun Baharu pada April.
Menurut penyiar rasmi, Myanmar Radio and Television (MRTV), Win Myint telah diberikan pengampunan serta pengurangan baki hukuman tertakluk kepada syarat tertentu.
Win Myint yang merupakan sekutu rapat pemenang Hadiah Nobel Keamanan, Aung San Suu Kyi, pernah berkhidmat sebagai Presiden Myanmar pada 2018 hingga 2021 sebelum digulingkan menerusi rampasan kuasa tentera.
Menurut laporan MRTV, Presiden baharu Myanmar, Min Aung Hlaing meluluskan pengampunan ke atas 4,335 banduan, merupakan langkah ketiga seumpamanya dalam tempoh enam bulan lalu.
Antara 4,335 banduan yang dibebaskan ialah 179 warga asing, yang akan dihantar pulang,
Pengampunan di Myanmar biasanya diberikan setiap tahun sempena Hari Kemerdekaan pada bulan Januari dan sambutan Tahun Baharu pada bulan April.-REUTERS