fb fb fb fb fb

Pesawat kargo terhempas di Alaska, dua dikhuatiri maut

Gambar fail pesawat Douglas DC-4 pada tahun 1998/Reuters

LOS ANGELES, 24 April- Dua individu dikhuatiri maut apabila sebuah pesawat kargo terhempas di Alaska, kawasan paling hujung dekat utara Amerika Syarikat, semalam.

Menurut Alaska State Troopers, pesawat Douglas DC-4 ituterhempas di Sungai Tanana sejurus ia berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Fairbanks di Alaska pada pukul 10.00 pagi waktu tempatan.

"Pesawat meluncur ke bukit curam di tepi sungai dan terbakar. Tiada mangsa yang terselamat dikesan," menurut Jabatan Keselamatan Awam negeri itu.

Insiden berkenaan sedang disiasat oleh Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) Amerika Syarikat.

Douglas DC-4 pada asalnya dibina semasa Perang Dunia II.

Sebahagian daripadanya digunakan dalam pengangkutan udara Berlin pada tahun 1948 dan 1949 ketika tentera Soviet memotong bekalan ke beberapa bahagian bandar Jerman yang dikuasai Bersekutu. -AFP

ARTIKEL BERKAITAN
Helikopter terhempas berhampiran stadium, tiga maut
Helikopter terhempas: Semua 10 mangsa disahkan terkorban - TLDM
Lima maut selepas pesawat ringan terhempas di Nashville
Jet pejuang AS terhempas di Korea Selatan
Pesawat terhempas di Kanada, enam terbunuh
CAAM sahkan sebuah pesawat ringan terhempas di Kapar
Dua maut, jet peribadi terhempas ke lebuh raya Florida
Tujuh maut dalam nahas pesawat kecil di Brazil

SITI AISHAH MD ISA