fb fb fb fb fb

Tujuh maut dalam nahas pesawat kecil di Brazil

FOTO X @fl360aero

SAO PAULO, 30 Januari- Tujuh orang terbunuh di Minas Gerais, tenggara Brazil apabila pesawat kecil yang mereka naiki terhempas, Ahad lalu.

Pesawat yang berlepas dari negeri Campinas itu dilapor pecah di udara dan terhempas kira-kira pukul 10.30 pagi waktu tempatan di bandar perlombongan Itapeva.

Bomba memberitahu ketujuh-tujuh mayat tersebut ditemukan dalam pesawat.

Imej oleh penduduk tempatan menunjukkan serpihan pesawat berkenaan sejurus selepas terjatuh di tepi bukit yang tersebar di rangkaian media sosial dan media Brazil.

Punca nahas belum dapat dipastikan -AFP

SITI AISHAH BINTI MD ISA