MEXICO CITY, 16 April- Tiga disahkan maut dalam insiden sebuah helikopter persendirian terhempas berhampiran sebuah stadium di Coyoacan, selatan sini, Mexico pada Ahad lepas.
Mangsa terbunuh adalah juruterbang dan dua penumpang, menurut laporan.
Video yang dikongsi menunjukkan sebuah helikopter terbang melintasi Stadium Estadio Olímpico Universitario sebelum kepulan asap hitam kelihatan di sekitar lokasi nahas.
Menerusi video terbabit memaparkan sebuah perlawanan sedang berlangsung di stadium berkenaan yang turut dihadiri para penyokong.
Punca kejadian masih dalam siasatan. -Reuters