Malaysia-India perkukuh sinergi E&E, semikonduktor

Foto BERNAMA

KERALAM, 15 September – Malaysia dan India perlu memperkukuh sinergi dalam sektor elektrik dan elektronik (E&E) serta semikonduktor bagi meningkatkan keupayaan kedua-dua negara dan memanfaatkan kekuatan masing-masing.

RINGKASAN BERITA AI
  • Malaysia pemain utama E&E Asia Tenggara; India mempunyai kekuatan besar dalam bidang itu.
  • Kerjasama erat boleh mewujudkan sinergi kukuh, meningkatkan keupayaan industri dan memberi manfaat bersama.
  • India ekonomi sedang berkembang dan memberi tumpuan kepada E&E serta semikonduktor di Asia Tenggara.
  • Perdana Menteri menyampaikan kenyataan itu pada majlis Hi Tea Engagement bersama pemimpin perniagaan, dihadiri hampir 30 wakil syarikat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia merupakan antara pemain utama sektor berkenaan di Asia Tenggara, manakala India turut mempunyai kekuatan yang besar dalam bidang tersebut.

Katanya, kerjasama lebih erat antara kedua-dua negara mampu mewujudkan sinergi yang lebih kukuh, sekali gus meningkatkan keupayaan industri dan memberi manfaat bersama.

“India merupakan ekonomi yang sedang berkembang dan semakin memberi tumpuan kepada sektor E&E dan semikonduktor di Asia Tenggara.

“Malaysia pula merupakan antara pemain terbesar dalam ekonomi tenaga dan kini turut mengeksport ke Amerika Syarikat.

“Dengan kekuatan India dalam sektor E&E dan semikonduktor, bayangkan jika sinergi ini diperkukuh untuk meningkatkan keupayaan kita dan memastikan kedua-dua negara mendapat manfaat bersama. Saya fikir ini penting,” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap pada majlis ‘Hi Tea Engagement’ bersama Gabenor Kerala, Menteri Industri dan Perdagangan serta pemimpin perniagaan terkemuka India di Calicut, Keralam.

Majlis itu turut dihadiri hampir 30 wakil syarikat daripada pelbagai industri dari India, Malaysia dan negara-negara Teluk.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.