KUALA LUMPUR, 23 April- Kesemua 10 mangsa membabitkan juruterbang dan penumpang yang terlibat dalam nahas dua buah helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di sini, pagi tadi, disahkan terkorban.
Proses mengecaman mangsa sedang dilakukan di Hospital Angkatan Tentera Pangkalan TLDM.
TLDM turut memohon orang ramai agar tidak menularkan video kejadian demi menjaga sensitiviti keluarga dan proses penyiasatan.
"Insiden ini melibatkan seramai 10 orang iaitu masing-masing tujuh kru (dalam pesawat) Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) TLDM dan tiga kru (dalam pesawat) FENNEC TLDM.
"Kesemua mangsa disahkan terkorban di tempat kejadian dan dihantar ke Hospital Angkatan Tentera Pangkalan TLDM Lumut untuk proses pengecaman," menurut kenyataan hari ini.
TLDM juga akan menubuhkan Lembaga Siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian berkenaan.
Dua buah pesawat TLDM itu terhempas semasa menjalankan latihan Perbarisan Hari TLDM ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut pada pukul 9.32 pagi tadi.
ARTIKEL BERKAITAN
Dua terkorban dalam nahas dua helikopter TLDM
Dua helikopter TLDM terhempas di Lumut, ada terkorban