BEIRUT, 16 Disember – Bekas Presiden Syria, Bashar al-Assad menyatakan pada Isnin bahawa beliau telah dipindahkan ke Moscow dari pangkalan Hmeimim di Syria pada petang 8 Disember.
Pemindahan itu berlaku ketika pangkalan tersebut menjadi sasaran serangan dron, ketika kumpulan penentang semakin menghampiri ibu kota, Damsyik.
Menurut Assad, beliau meninggalkan Damsyik pada pagi 8 Disember sebelum dipindahkan ke Rusia melalui pangkalan Hmeimim.
Kenyataan itu diterbitkan di saluran Telegram rasmi Presiden Syria, bertarikh 16 Disember dari Moscow.
Ini merupakan kenyataan pertama Assad secara terbuka sejak beliau digulingkan lebih seminggu yang lalu melalui serangan ofensif kumpulan penentang yang berjaya merebut kuasa.-REUTERS