JOHANNESBURG, 7 November- Kerajaan Afrika Selatan akan memanggil semula semua diplomatnya dari Israel susulan tindakan pembunuhan beramai-ramai di Gaza oleh zionis.
Kabinetnya turut memaklumkan kedudukan duta Israel di negara itu juga tidak boleh 'dipertahankan' lagi.
Afrika Selatan telah lama menjadi penyokong lantang perjuangan Palestin dengan Kongres Kebangsaan Afrika (ANC) yang memerintah negara itu menyifatkan situasi di Gaza adalah sama dengan perjuangan negaranya menentang apartheid.
Terdahulu, Duta Israel ke Afrika Selatan, Eliav Belotserkovsky telah mengeluarkan komen menghina rakyat negara tersebut termasuk anggota kerajaan yang menentang tindakan 'holocaust' oleh Israel.
“Nampaknya ada amalan aneh dalam kalangan beberapa duta di Afrika Selatan, mereka hanya boleh mengatakan apa yang mereka suka.
"Saya tidak tahu, adakah ia berlaku kerana ini adalah negara Afrika dan mreka tidak menghormati kami? Ia adalah sesuatu yang kami tidak boleh bertolak ansur," menurut Menteri Luar, Naledi Pandor.
Pandor berkata, Afrika Selatan amat bimbang dengan tindakan Israel yang terus melakukan pembunuhan terhadap kanak-kanak dan orang awam yang tidak bersalah di Gaza. -AFP