Kerajaan Indonesia rancang baik pulih 1,800 lintasan kereta api

Keadaan tren yang terlibat dalam pelanggaran di Bekasi/Foto REUTERS 

JAKARTA, 28 April – Presiden Indonesia Prabowo Subianto berkata pada Selasa, kerajaan merancang untuk membaik pulih sekitar 1,800 lintasan kereta api di seluruh negara berikutan nahas di Bekasi, lewat Isnin yang mengorbankan sekurang-kurangnya 14 orang dan mencederakan 84 yang lain.

RINGKASAN BERITA AI
  • Arahan tindakan segera untuk membaiki semua lintasan, termasuk membina pos pengawal atau jejambat.
  • Percepatan pembinaan jejambat di Bekasi yang telah diluluskan.
  • Tren komuter Jakarta-Bekasi bertembung tren jarak jauh Jakarta-Surabaya kira-kira 8.50 malam Isnin.
  • Operasi mencari dan menyelamat selesai; semua mangsa dipindahkan mendapat rawatan di hospital berhampiran.

“Saya telah mengarahkan tindakan segera. Kami akan membaiki kesemuanya, sama ada dengan membina pos pengawal atau membina jejambat,” kata Prabowo selepas melawat mangsa yang terselamat di Hospital Awam Wilayah Bekasi.

Rancangan berkenaan termasuk mempercepat pembinaan jejambat di Bekasi yang telah pun diluluskan.

Sebuah tren komuter di laluan Jakarta-Bekasi terlibat dalam perlanggaran dengan tren jarak jauh yang beroperasi di laluan Jakarta-Surabaya pada kira-kira 8.50 malam waktu tempatan pada Isnin.

Operasi mencari dan menyelamat telah selesai, dengan semua mangsa yang dipindahkan menerima rawatan di hospital berhampiran. – BERNAMA