
KUALA LUMPUR, 10 Julai– Terengganu FC mengumumkan senarai 17 pemain yang tidak lagi bersama pasukan bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim 2026/2027.
- Antara pemain dilepaskan termasuk Careca, Diego Landis, Engku Shakir, Ehson Panjshanbe, Shervoni Mabatshoev dan Junior Sam Ngong.
- Beberapa pemain seperti Engku Shakir, Syahmi Zamri, Ehson Panjshanbe dan Shervoni Mabatshoev menamatkan kontrak secara persetujuan selepas memohon sertai pasukan baharu.
- Kelab merakamkan penghargaan atas komitmen, dedikasi dan sumbangan pemain serta mendoakan mereka berjaya dalam cabaran baharu.
Antara pemain yang dilepaskan ialah Careca, Diego Landis, Engku Shakir, Ehson Panjshanbe, Shervoni Mabatshoev, Yan Mabella, Kyaw Min Oo, Hairiey Hakim, Saiful Jamaluddin dan Junior Sam Ngong.
Pemain lain ialah, Khalaif Naskam, Syahmi Zamri, Azziq Zahazani, Nazul Izamil, Akram Mahinan, Baqiuddin Shamsudin dan Haqimi Azim.
“Beberapa pemain yang masih berbaki kontrak termasuk Engku Shakir, Syahmi Zamri, Ehson Panjshanbe dan Shervoni Mabatshoev ditamatkan kontrak secara persetujuan bersama selepas memohon menyertai pasukan baharu.
Dalam masa sama, Akhyar Rashid yang masih mempunyai kontrak bersama kelab akan dipinjamkan ke pasukan lain sehingga tamat musim ini,” menurut kenyataan itu.
Terengganu FC merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pemain yang meninggalkan pasukan atas komitmen, dedikasi dan sumbangan mereka sepanjang bersama kelab.
Kelab itu turut mendoakan semua pemain berkenaan terus berjaya dalam cabaran baharu masing-masing.