Sanchez yakin Sepanyol mampu julang Piala Dunia

Pedro Sanchez, Perdana Menteri Sepanyol / REUTERS

LA LINEA DE LA CONCEPCION, 15 Julai– Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez yakin skuad kebangsaan mampu menghadiahkan kejuaraan Piala Dunia kedua buat negara itu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Sepanyol mara ke final selepas menewaskan Perancis 2-0 dalam aksi separuh akhir.
  • Kemenangan menghidupkan peluang menjuarai Piala Dunia buat kali kedua.
  • Kejayaan itu menyuntik semangat dan menghidupkan semula impian rakyat Sepanyol.
  • Ucapan disampaikan ketika majlis pembukaan sempadan antara Sepanyol dan Gibraltar.

Beliau berkata, kejayaan mara ke pentas akhir telah menyuntik semangat rakyat Sepanyol yang kini mengimpikan satu lagi detik bersejarah.

“Terima kasih kepada pasukan kebangsaan kerana menghidupkan semula impian seluruh rakyat Sepanyol.

Saya yakin kita mampu membawa pulang kejuaraan dan menambah satu lagi bintang pada jersi pasukan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri majlis pembukaan sempadan antara Sepanyol dan Gibraltar.

Sepanyol melangkah ke perlawanan akhir selepas menewaskan Perancis 2-0 pada aksi separuh akhir.

Kemenangan tersebut sekali gus menghidupkan peluang negara itu merangkul kejuaraan dunia buat kali kedua. -REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.