Terengganu FC ikat Mateus Gustavo semusim

Foto TerengganuFC

KUALA LUMPUR, 1 Ogos – Terengganu FC memperkukuh barisan pemain bagi menghadapi saingan Liga Super Malaysia 2026/2027 selepas mengesahkan penyertaan pemain sayap Brazil, Mateus Gustavo, menerusi kontrak semusim.

RINGKASAN BERITA AI
  • Mateus akan didaftarkan di bawah kuota pemain bebas dan menjadi antara import terakhir melengkapkan skuad.
  • Beliau bakal membuat penampilan sulung dalam Liga Super Malaysia dan membuka lembaran baharu kerjaya profesional.
  • Di bawah Nafuzi Zain, beliau dijangka memperkukuh jentera serangan; pengurusan harap beliau cepat menyesuaikan diri.

TerengganuFC.com menyatakan, Mateus akan didaftarkan di bawah kuota pemain bebas dan menjadi antara pemain import terakhir yang melengkapkan skuad Sang Penyu bagi musim baharu.

“Kehadiran pemain dari Brazil itu turut menyaksikan beliau bakal membuat penampilan sulung dalam Liga Super Malaysia, sekali gus membuka lembaran baharu dalam karier profesionalnya,” menurut kenyataan itu.

Di bawah kendalian ketua jurulatih Nafuzi Zain, Mateus dijangka memainkan peranan penting dalam memperkukuh jentera serangan pasukan menjelang sepak mula liga.

Pengurusan Terengganu FC berharap pemain itu dapat segera menyesuaikan diri dan mempamerkan aksi terbaik bagi membantu pasukan mencapai sasaran ditetapkan pada musim 2026/2027.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.