
GLASGOW, 1 Ogos – Hasrat jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang untuk memburu satu lagi pingat di Sukan Komanwel Glasgow 2026 tidak kesampaian selepas tersingkir pada suku akhir acara pecut lelaki di Velodrom Sir Chris Hoy, di sini.
- Leigh Hoffman mencipta rekod temasya 9.361 saat pada pusingan kelayakan.
- Datuk Mohd Azizulhasni tewas dua perlumbaan berturut-turut kepada Leigh Hoffman.
- Azizulhasni raih emas acara keirin, pingat emas ketujuh kontinjen dan emas pertamanya di Komanwel.
Datuk Mohd Azizulhasni tewas dalam dua perlumbaan berturut-turut kepada pelumba Australia, Leigh Hoffman, yang turut mencipta rekod baharu temasya dengan catatan 9.361 saat pada pusingan kelayakan.
Pelumba yang diberi julukan The Pocket Rocketman itu sebelum ini mara ke kelompok lapan terbaik selepas menewaskan wakil England, Joseph Truman, pada pusingan 1/8 akhir.
Datuk Mohd Azizulhasni menduduki tempat kesembilan pada pusingan kelayakan dengan catatan 9.715 saat.
Sementara itu, seorang lagi wakil negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom, turut tersingkir selepas tewas kepada Daniel James Barber dari Australia pada pusingan 1/8 akhir.
Muhammad Shah Firdaus mencatat masa 9.805 saat untuk menduduki tempat ke-10 pada pusingan kelayakan.
Semalam, Datuk Mohd Azizulhasni menceriakan kem negara apabila meraih emas acara keirin lelaki.
Sekali gus menghadiahkan pingat emas ketujuh kontinjen negara dan emas pertamanya sepanjang penyertaan di Sukan Komanwel.