
GLASGOW, 1 Ogos – Atlet lempar cakera negara, Muhammad Irfan Shamsuddin menamatkan aksi final tanpa sebarang balingan sah pada temasya Sukan Komanwel Glasgow 2026 di Scotstoun Stadium.
RINGKASAN BERITA AI
- Emas: Matthew Denny (Australia) dengan balingan 67.73 meter.
- Perak: Fedrick Dacres (Jamaica) mencatat 65.10 meter.
- Gangsa: Lawrence Okoye (England) merekod 63.63 meter.
- Tempat podium diisi wakil Australia, Jamaica dan England.
Muhammad Irfan menamatkan saingan dengan status No Mark (NM) selepas ketiga-tiga percubaannya dibatalkan.
Pingat emas dimenangi wakil Australia, Matthew Denny, menerusi balingan sejauh 67.73 meter.
Atlet Jamaica, Fedrick Dacres, meraih perak dengan catatan 65.10m, manakala gangsa menjadi milik wakil England, Lawrence Okoye, selepas merekodkan 63.63m.