SUKMA 2026: Sasaran 60 emas bakar semangat kontinjen Pulau Pinang

Foto Facebook rasmi Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow.

KEPALA BATAS, 1 OGOS – Pulau Pinang menyasarkan 60 pingat emas pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 di Selangor yang dijadualkan berlangsung pada 15 hingga 24 Ogos ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Ketua Menteri menyifatkan sasaran sebagai misi mustahil namun menjadi motivasi kepada atlet terus berusaha.
  • Sasaran diletakkan untuk membakar semangat kontinjen Pulau Pinang supaya melakar pencapaian terbaik.
  • Sasaran dianggap mencabar kerana pada SUKMA lepas Pulau Pinang meraih 41 pingat emas.
  • Kontinjen Pulau Pinang membariskan kira-kira 886 anggota termasuk atlet, pegawai teknikal, pengurusan dan jurulatih.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, meskipun sasaran berkenaan dilihat sebagai misi mustahil, pada masa yang sama dianggap sebagai motivasi kepada para atlet untuk terus berusaha bagi mencapai sasaran yang ditetapkan.

“Meletakkan sasaran 60 pingat emas dilihat sebagai sesuatu yang mencabar. Ini kerana pada SUKMA lepas kita memenangi 41 pingat emas. Sasaran ini diletakkan untuk membakar semangat atlet untuk berjuang sehingga sasaran tercapai.

“Ini sebagai penggerak semangat kontinjen Pulau Pinang melakar yang terbaik”, katanya demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Pulau Pinang disini hari ini.

Pulau Pinang membariskan kira-kira 886 atlet termasuk pegawai teknikal, pengurusan, dan jurulatih bagi mengibarkan cabaran pada temasya kali ini.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.