Terbuka Silicon Valley: Sivasangari mara ke suku akhir

KUALA LUMPUR, 13 Oktober – Pemain skuasy wanita negara, S. Sivasangari mara ke pusingan suku akhir kejohanan Terbuka Silicon Valley di Redwood City, Amerika Syarikat selepas menewaskan wakil Mesir Kenzy Ayman hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Sivasangari melangkah ke suku akhir Terbuka Silicon Valley selepas menewaskan Kenzy Ayman dalam straight set.
  • Kemenangan dicapai dalam 23 minit dengan keputusan set 11-4, 11-9, 11-8.
  • Dia akan bertemu wakil tuan rumah, Amanda Sobhy, untuk slot separuh akhir.
  • Amanda mara selepas menumpaskan Nour Aboullmakarim 11-4, 11-4, 11-3 dalam 21 minit.
  • Rachel Arnold tersingkir selepas tewas lima set kepada Georgina Kennedy dari England.

Dalam aksi yang berlangsung di SquashZone, pilihan ketiga kejohanan itu tidak berdepan dengan masalah untuk menang straight set 11-4, 11-9, 11-8 dalam tempoh 23 minit.

Sivasangari dijadualkan bertemu wakil tuan tumah Amanda Sobhy bagi memburu slot ke separuh akhir.

Terdahulu, Amanda mara selepas menidakkan cabaran wakil Mesir Nour Aboullmakarim 11-4,11-4, 11-3 dalam tempoh 21 minit.

Sementara itu, kempen Rachel Arnold berakhir selepas tewas 11-6, 4-11, 11-9, 8-11, 9-11 dalam perlawanan menentang pilihan keempat kejohanan, Georgina Kennedy dari England. -BERNAMA