Terbuka India 2026 : Soon Huat – Shevon lolos ke suku akhir

Beregu Campuran Negara Goh Soon Huat – Shevon Lai Jemie melangkah ke suku akhir kejohanan.-Foto Bernama

KUALA LUMPUR, 15 Januari – Gandingan beregu campuran negara Goh Soon Huat – Shevon Lai Jemie melangkah ke pusingan suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka India 2026 selepas menewaskan wakil Thailand, Ruttanapak Oupthong-Jhenicha Sudjaipraparat, hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Gandingan Goh Soon Huat dan Shevon Lai melangkah ke suku akhir Terbuka India 2026 selepas menewaskan pasangan Thailand.
  • Mereka bangkit selepas kalah set pertama, menang 21-15, 21-6 dalam 52 minit.
  • Kemenangan menjadualkan pertemuan suku akhir menentang pilihan utama China, Feng Yan Zhe dan Huang Dong Ping.
  • Pasangan China sebelum itu menyingkirkan Jimmy Wong dan Lai Pei Jing dalam pusingan kedua.

Pada aksi pusingan kedua yang berlangsung di Kompleks Sukan Indira Gandhi, New Delhi, pasangan pilihan kelapan itu bangkit selepas tewas 17-21 pada set pertama sebelum meraih kemenangan 21-15, 21-6 dalam tempoh 52 minit.

Kemenangan tersebut menyaksikan Soon Huat-Shevon dijadual bertemu pasangan pilihan utama dari China, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping pada suku akhir.

Terdahulu, pasangan China itu menyingkirkan beregu campuran profesional negara Jimmy Wong–Lai Pei Jing 18-21, 21-17, 21-10.-BERNAMA