RTMKlik catat 3.6 juta muat turun baharu sepanjang Piala Dunia 2026

Orang ramai menyaksikan siaran perlawanan akhir Piala Dunia 2026, Argentina menentang Sepanyol yang dianjurkan secara bersama oleh RTM di Dataran Merdeka / BERNAMA

KUALA LUMPUR, 21 Julai– Platform penstriman digital RTMKlik mencatat lebih 3.59 juta muat turun baharu sepanjang tempoh siaran Piala Dunia FIFA 2026.

RINGKASAN BERITA AI
  • RTMKlik kini mencapai 10.3 juta muat turun keseluruhan.
  • Peningkatan muat turun mengukuhkan peranan RTM sebagai penyiar awam dalam transformasi digital.
  • Menunjukkan keyakinan dan sokongan tinggi rakyat terhadap RTMKlik sebagai platform pilihan liputan Piala Dunia.
  • RTM menghargai sokongan rakyat dan akan memperkasakan platform dengan kandungan berkualiti, inovatif dan mudah diakses.

Radio Televisyen Malaysia (RTM) memaklumkan, jumlah itu direkodkan semasa liputan kejohanan dari 12 Jun hingga semalam.

“Pencapaian ini mencerminkan keyakinan dan sokongan tinggi penonton terhadap RTMKlik sebagai platform utama untuk mengikuti liputan kejohanan bola sepak paling berprestij dunia.

Secara keseluruhan, RTMKlik kini telah mencapai 10.3 juta muat turun,” menurut kenyataan RTM.

Peningkatan itu memperkukuh peranan penyiar awam dalam memenuhi keperluan penonton selaras usaha transformasi digital RTM.

Ia juga mencerminkan keyakinan serta sokongan tinggi rakyat terhadap RTMKlik sebagai platform pilihan untuk mengikuti liputan Piala Dunia FIFA 2026, selain pelbagai kandungan berkualiti lain.

“RTM merakamkan penghargaan kepada seluruh rakyat Malaysia atas sokongan berterusan terhadap RTMKlik dan akan terus memperkasakan platform ini dengan kandungan yang berkualiti, inovatif dan mudah diakses.

Ia selaras dengan aspirasi menjadi penyiar awam digital yang relevan kepada semua lapisan masyarakat,” menurut kenyataan itu lagi.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.