Akuatik sandaran Wilayah Persekutuan di SUKMA 2026

Datuk Parang Abai @ Thomas, Ketua Kontinjen Wilayah Persekutuan

PUTRAJAYA, 21 Julai– Sukan akuatik dijangka menjadi sandaran utama kontinjen Wilayah Persekutuan untuk mengutip pingat pada Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026.

RINGKASAN BERITA AI
  • Ketua kontinjen, Datuk Parang Abai, yakin persiapan rapi dan kebolehan atlet memperkukuh kedudukan Wilayah Persekutuan dalam kelompok tiga terbaik.
  • Atlet sangat bersemangat untuk mempamerkan aksi terbaik bagi memastikan gelaran juara keseluruhan.
  • Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen diadakan; Datuk Parang ditemui selepas majlis.
  • Pada SUKMA Sarawak 2024, Wilayah Persekutuan menamatkan saingan di tempat kedua, hanya terkebelakang satu pingat emas; Selangor dijangka pencabar utama.

Ketua Kontinjennya, Datuk Parang Abai @ Thomas yakin, persiapan rapi serta kebolehan atlet bakal memperkukuh kedudukan kontinjen dalam kelompok tiga terbaik termasuk juara.

“Daripada 30 jenis sukan yang ditawarkan, kami mempunyai kekuatan dalam banyak acara terutamanya sukan akuatik.

Atlet kami sangat bersemangat untuk mempamerkan aksi terbaik bagi memastikan Wilayah Persekutuan muncul sebagai juara keseluruhan kali ini,” katanya.

Beliau ditemui selepas Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Wilayah Persekutuan ke SUKMA dan Para SUKMA Selangor 2026 di sini, hari ini.

Pada edisi SUKMA Sarawak 2024, Wilayah Persekutuan menamatkan saingan di tempat kedua selepas meraih 75 pingat emas, 65 perak dan 72 gangsa, hanya dibezakan satu pingat emas di belakang tuan rumah, Sarawak.

Selangor yang menduduki tempat ketiga pada edisi lalu dijangka menjadi antara pencabar utama pada temasya SUKMA 2026.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.