Piala Dunia : Kemenangan dramatik Ghana dalam pembukaan kumpulan L

Kedua-dua pasukan melakukan serangan yang lebih konsisten

TORONTO, 18 Jun – Ghana mencipta kemenangan dramatik 1-0 ke atas Panama dalam perlawanan pembukaan Kumpulan L.

RINGKASAN BERITA AI
  • Caleb Yirenkyi menjaringkan gol pada minit kelima masa kecederaan untuk memutuskan perlawanan.
  • Separuh masa pertama menyaksikan tiada percubaan tepat oleh Black Stars; kedua-dua pasukan lebih menyerang pada babak kedua dalam hujan.
  • Pemain tengah Thomas Partey tidak beraksi selepas permohonan visa beliau ditolak berkaitan kes jenayah yang sedang dihadapi di Britain.

Gol kemenangan dijaringkan Caleb Yirenkyi yang memanfaatkan minit kelima masa kecederaan, sekali gus menceriakan ribuan penyokong Ghana bagi menamatkan perlawanan yang sebelum itu berlangsung sengit.

Kedua-dua pasukan cuba mencipta peluang pada separuh masa pertama selepas percubaan penyerang Panama, Cecilio Waterman pada minit kedua berjaya ditepis penjaga gol Ghana, Lawrence Ati Zigi.

Sepanjang separuh masa pertama, pasukan Black Stars gagal melakukan sebarang percubaan tepat.

Babak kedua yang berlangsung dalam hujan tetap menyaksikan kedua-dua pasukan melakukan serangan yang lebih konsisten.

Sorakan gemuruh penyokong Panama pada minit ke-60 walaupun cubaan Cristian Martínez terkena jaring sisi gawang.

Namun, perlawanan kelihatan bakal berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan, sebelum Yirenkyi muncul menjaringkan gol yang meletakkan Black Stars di hadapan.

Ghana menamatkan perlawanan dengan meraih kemenangan 1-0, walaupun tanpa pemain tengah Villarreal, Thomas Partey, yang sedang berdepan perbicaraan atas tuduhan rogol di Britain.

Pihak berkuasa Kanada menolak permohonan visa Piala Dunia beliau berikutan kes yang sedang dihadapinya di Britain.-AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.