Pelapis muda jadi fokus kesinambungan sepak takraw negara

Ahmad Jais Baharun / Foto RTM

SEPANG, 1 Oktober – Pembangunan barisan pelapis kini menjadi antara fokus utama skuad sepak takraw negara bagi memastikan kesinambungan pasukan kebangsaan apabila sebahagian pemain senior dijangka bersara dalam tempoh terdekat.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pendedahan awal di pentas antarabangsa penting untuk membolehkan pemain muda mengambil alih peranan pemain senior secara berperingkat.
  • Kejohanan Asia Bawah 19 di Filipina (26 hingga 30 November) menjadi medan penting untuk menilai dan membentuk generasi seterusnya.
  • Kejayaan regu lelaki raih emas Sukan Asia, pertama sejak 1990, memberi nilai sentimental kepada Ahmad Jais sebagai bekas pemain dan jurulatih.
  • Kematangan dan pengalaman pemain, termasuk yang berusia sekitar 30 tahun, membantu mereka kekal tenang ketika berdepan tekanan.

Ketua Jurulatih negara, Ahmad Jais Baharun berkata, pendedahan awal di pentas antarabangsa penting bagi membolehkan pemain muda mengambil alih peranan pemain senior secara berperingkat.

Menurutnya, Kejohanan Asia Youth Bawah 19 Tahun di Filipina dari 26 hingga 30 November depan menjadi antara medan penting untuk menilai dan membentuk generasi seterusnya.

“Apa yang paling penting bagi saya adalah kejayaan untuk pasukan negara supaya kita dapat momentum yang terbaik dan juga membina keyakinan peminat serta penaja.

“Kita perlu terjemahkan minat terhadap sukan ini dengan keputusan yang baik supaya ia berkekalan dan dapat menarik minat pemain-pemain muda untuk terus berkecimpung dalam sukan sepak takraw,” katanya.

Beliau ditemui pemberita pada Majlis Sambutan Ketibaan Skuad Sepak Takraw Negara dan Kontinjen Malaysia daripada Temasya Sukan Asia 2026 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, di sini.

Jumaat lalu, skuad regu berpasukan lelaki negara mencipta sejarah apabila kembali meraih pingat emas acara berkenaan selepas kali terakhir memenanginya pada Sukan Asia 1990 di Beijing.

Kejayaan itu turut mempunyai nilai sentimental buat Ahmad Jais yang pernah menjadi sebahagian daripada skuad pemenang emas pada edisi 1990 sebelum mengulangi pencapaian sama kali ini sebagai jurulatih.

Dalam pada itu, tekong negara, Zulkifli Abd Razak menyifatkan kematangan pemain sebagai antara kekuatan utama skuad ketika ini.

Menurutnya, sebahagian besar pemain sudah lama bersama pasukan dan pengalaman itu membantu mereka kekal tenang ketika berdepan tekanan dalam gelanggang.

“Pasukan ini sebenarnya sudah lama bersama. Cuma sekarang mereka lebih matang. Ada yang sudah berusia 30 tahun dan pengalaman itu membantu mereka lebih tenang serta mampu mengawal diri dalam gelanggang,” katanya.

Pelapis muda jadi fokus kesinambungan sepak takraw negara

SEPANG, 1 Oktober – Pembangunan barisan pelapis kini menjadi antara fokus utama skuad sepak takraw negara bagi memastikan kesinambungan pasukan kebangsaan apabila sebahagian pemain senior dijangka bersara dalam tempoh terdekat.

Ketua Jurulatih negara, Ahmad Jais Baharun berkata, pendedahan awal di pentas antarabangsa penting bagi membolehkan pemain muda mengambil alih peranan pemain senior secara berperingkat.

Menurutnya, Kejohanan Asia Youth Bawah 19 Tahun di Filipina dari 26 hingga 30 November depan menjadi antara medan penting untuk menilai dan membentuk generasi seterusnya.

“Apa yang paling penting bagi saya adalah kejayaan untuk pasukan negara supaya kita dapat momentum yang terbaik dan juga membina keyakinan peminat serta penaja.

“Kita perlu terjemahkan minat terhadap sukan ini dengan keputusan yang baik supaya ia berkekalan dan dapat menarik minat pemain-pemain muda untuk terus berkecimpung dalam sukan sepak takraw,” katanya.

Beliau ditemui pemberita pada Majlis Sambutan Ketibaan Skuad Sepak Takraw Negara dan Kontinjen Malaysia daripada Temasya Sukan Asia 2026 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, di sini.

Dalam pada itu, tekong negara, Zulkifli Abd Razak menyifatkan kematangan pemain sebagai antara kekuatan utama skuad ketika ini.

Menurutnya, sebahagian besar pemain sudah lama bersama pasukan dan pengalaman itu membantu mereka kekal tenang ketika berdepan tekanan dalam gelanggang.

“Pasukan ini sebenarnya sudah lama bersama. Cuma sekarang mereka lebih matang. Ada yang sudah berusia 30 tahun dan pengalaman itu membantu mereka lebih tenang serta mampu mengawal diri dalam gelanggang,” katanya.

 

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.