Özil rancang buka akademi bolasepak di Istanbul

Bekas pemain bola sepak professional Mesut Ozil (tengah) / Foto BERNAMA

GEORGE TOWN, 29 April – Bekas pemain antarabangsa Jerman, Mesut Özil, merancang untuk membuka akademi bolasepak di Istanbul, Turkiye sebagai usaha membantu pembangunan bakat muda dalam sukan itu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pernah menyarung jersi kelab ternama seperti Real Madrid dan Arsenal.
  • Mempunyai pertalian darah Turkiye dan hadir di Pulau Pinang bagi delegasi Forum Pendidikan Malaysia-Turkiye 2026 di USM.
  • Kehadiran beliau di kampus memberi inspirasi kepada pemain muda menurut Naib Canselor USM.
  • Kira-kira 500 peminat hadir untuk 'Meet and Greet' dan klinik bolasepak; Menteri Pendidikan Tinggi juga hadir.

Pernah menyarung jersi kelab ternama seperti Real Madrid dan Arsenal, Özil tidak asing dalam dunia bola sepak antarabangsa.

Beliau yang mempunyai pertalian darah Turkiye kini berada di Pulau Pinang sebagai sebahagian daripada delegasi Forum Pendidikan Malaysia-Turkiye 2026 yang berlangsung di Universiti Sains Malaysia (USM).

Naib Canselor USM, Abdul Rahman Mohamad, berkata kehadiran Özil di kampus itu memberi inspirasi kepada pemain muda untuk mencontohi kejayaan pemain berkenaan di peringkat antarabangsa.

“Apabila ditanya mengenai perancangan masa depan selepas bersara sebagai pemain profesional, beliau bercadang membuka akademi bola sepak untuk kanak-kanak di Istanbul bagi membantu mereka mencapai cita-cita,” katanya.

Kira-kira 500 peminat hadir di padang USM bagi bertemu dan bergambar bersama Özil dalam program ‘Meet and Greet’ serta klinik bolasepak yang dianjurkan.

Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.