Liga Juara Eropah: Bayern, Arsenal hanya selangkah ke pusingan separuh akhir

Pemain Bayern Munich meraikan kemenangan 2-1 di Madrid. Foto/AFP

MADRID, 8 AprilBayern Munich menewaskan Real Madrid 2-1 pada aksi suku akhir pertama Liga Juara Eropah awal pagi tadi di sini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Luis Diaz dan Harry Kane masing-masing menjaringkan gol pada minit ke-41 dan 46 bagi Bayern.
  • Kylian Mbappe menjaringkan gol saguhati selepas menerima umpanan Trent Alexander-Arnold pada minit ke-74.
  • Arsenal menang tipis 1-0 ke atas Sporting di Lisbon.
  • Perlawanan timbal balik dijadual berlangsung pada 16 April.

Dua gol Bayern diperoleh menerusi penyerang Luis Diaz dan Harry Kane masing-masing pada minit ke-41 dan 46 perlawanan.

Sementara Madrid menjaringkan gol saguhati melalui percubaan penyerang, Kylian Mbappe selepas menerima umpanan daripada pemain pertahanan, Trent Alexander-Arnold pada minit ke-74.

Dalam perlawanan lain, Arsenal menang tipis 1-0 ketika berdepan Sporting di Lisbon, Portugal.

Gol tunggal perlawanan dijaringkan penyerang, Kai Havertz pada waktu kecederaan babak kedua perlawanan.

Perlawanan timbal balik dijadual berlangsung 16 April ini.