
LANGKAWI, 9 April – Komitmen berterusan pesara kerajaan yang masih aktif menyumbang idea, pengalaman serta menjadi sumber rujukan kepada generasi muda wajar diberi penghargaan.
- Jasa dan pengorbanan pesara besar dalam membangunkan negara serta memastikan kelancaran pentadbiran dan kesejahteraan rakyat.
- Usaha gigih dan dedikasi pesara dianggap penting untuk mencapai kemajuan yang dinikmati hari ini.
- Persatuan menunjukkan semangat kebersamaan serta silaturahim yang wajar dijadikan contoh kepada masyarakat.
- Persatuan diharapkan terus maju, kukuh dan menjadi wadah kebajikan serta suara pembela nasib para pesara.
Pengerusi Anak Muda MADANI Kedah, Datuk Zuraidi Rahim berkata, jasa dan pengorbanan golongan pesara kerajaan amat besar dalam membangunkan negara serta memastikan kelancaran pentadbiran dan kesejahteraan rakyat suatu ketika dahulu.
“Tanpa usaha gigih dan dedikasi pesara kerajaan, kemajuan yang dinikmati hari ini tidak mungkin dapat dicapai,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia Cawangan Langkawi Kali Ke-16 di sini.
Dalam ucapan sama, beliau berkata jasa, pengorbanan dan sumbangan tidak ternilai serta semangat kebersamaan dan silaturahim yang ditunjukkan dalam persatuan berkenaan wajar dijadikan contoh.
Beliau berharap Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia Cawangan Langkawi terus maju, kukuh dan menjadi wadah kebajikan serta suara yang membela nasib para pesara.
Pada masa sama, golongan pesara diseru agar terus berbakti dengan penuh semangat dan kebersamaan demi kesejahteraan komuniti.