Liga Juara Eropah : Atletico tambah derita United

Foto AFP

MADRID, 14 Oktober – Atletico Madrid menewaskan Manchester United 2-0 dalam aksi Liga Juara Eropah di Stadium Metropolitano.

RINGKASAN BERITA AI
  • Tekanan meningkat terhadap pengendali Michael Carrick susulan keputusan buruk perlawanan, menempatkan masa depannya dalam persoalan.
  • Pablo Barrios dan Ademola Lookman jaringkan gol; Leny Yoro dilayangkan kad merah minit ke-74, tinggalkan United berbaki 10 pemain.
  • United sambung rekod tanpa kemenangan lima perlawanan; Lisandro Martinez sifatkan prestasi 'sangat buruk' dan kritik cara pengurusan kelab.

Kemenangan itu sekali gus meningkatkan tekanan terhadap pengendali The Red Devils, Michael Carrick.

Pada perlwanan itu, Pablo Barrios membuka jaringan seawal minit pertama sebelum Ademola Lookman menggandakan kelebihan pada minit ke-79, selepas Manchester United terpaksa beraksi dengan 10 pemain susulan kad merah yang dilayangkan kepada Leny Yoro pada minit ke-74.

Kekalahan itu menyaksikan United meneruskan rekod tanpa kemenangan kepada lima perlawanan dalam semua kejohanan.

Pertahanan United, Lisandro Martinez, menyifatkan prestasi pasukannya sebagai “sangat buruk” dan membayangkan keadaan itu turut mencerminkan cara kelab berkenaan diuruskan.

“Ia menjengkelkan dan mengecewakan apabila datang ke sini tetapi saya tidak melihat pasukan saya berusaha untuk mendapatkan keputusan yang hebat,” katanya kepada Amazon Prime.

United hampir menyamakan kedudukan menerusi Bryan Mbeumo dan Bruno Fernandes, namun kedua-dua percubaan gagal menghasilkan jaringan, termasuk satu percubaan Fernandes yang terkena palang gol.

Atletico turut menyaksikan jaringan Johnny Cardoso dibatalkan selepas semakan Video Bantuan Pengadil (VAR) mendapati bola terkena tangan Marcos Llorente.

Sementara itu, pemain tengah United, Youri Tielemans, berkata pasukannya perlu bekerja lebih keras dan terus mempercayai antara satu sama lain bagi mengatasi kemerosotan prestasi.

“Kami perlu terus bekerja keras, mempercayai satu sama lain dan kekal bersatu dalam menghadapi situasi ini,” katanya. – AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.