
KUALA LUMPUR, 2 Jun – Disiplin tinggi dan semangat juang pemain menjadi faktor utama kejayaan skuad hoki lelaki bawah 18 tahun (B-18) negara melangkah ke separuh akhir Piala Asia B-18 2026 selepas menewaskan China 3-0 di Kakamigahara, Jepun.
- Motivasi tinggi pemain menterjemah perancangan pasukan dengan baik, memahami tanggungjawab untuk menang.
- Komitmen pemain memastikan disiplin taktikal dipatuhi, menjadi kunci kemenangan penting pasukan.
- Pasukan fokus mempertingkatkan aspek fizikal dan mental bagi memastikan prestasi optimum di separuh akhir.
Ketua jurulatih skuad negara, Mohd Harfizi Baharom berkata para pemain berjaya menterjemahkan perancangan pasukan dengan baik selain menunjukkan tahap motivasi yang tinggi sepanjang perlawanan.”Pemain-pemain amat bermotivasi kali ini seperti mana yang kita tahu kemenangan sahaja yang akan melayakan mereka sebagai pasukan pertama yang ke separuh akhir.
“Jadi mereka tahu tanggugjawab masing-masing di atas padang untuk memenangi perlawanan tersebut,” katanya.
Beliau turut memuji komitmen dipamerkan pemain yang berjaya mengekalkan disiplin taktikal sehingga memastikan kemenangan penting buat pasukan.
Mengulas aksi separuh akhir, Harfizi berkata pasukannya akan memberi tumpuan kepada aspek fizikal dan mental bagi memastikan pemain berada pada tahap terbaik.
Malaysia mengesahkan kemaraan ke separuh akhir selaku antara dua pasukan terbaik Kumpulan B.
Skuad muda negara kini menanti lawan di separuh akhir sama ada India atau Korea Selatan.