Cabaran Sukan Laut Antarabangsa Labuan (LISC) 2026 labuh tirai

Pasukan Blue Ocean 1 dari Hong Kong muncul juara acara utama Pertandingan Memancing Laut Dalam – RTM

LABUAN, 3 Mei – Cabaran Sukan Laut Antarabangsa Labuan (LISC) 2026 melabuhkan tirainya dengan kejayaan mencapai sasaran kehadiran lebih 35,000 pengunjung sejak dianjurkan pada 28 April lalu di Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Majlis penutupan disempurnakan Timbalan Menteri Lo Su Fui; LISC menjadi platform kerjasama, semangat sukan dan identiti Labuan sebagai "Mutiara Laut China Selatan".
  • Kehadiran peserta antarabangsa dari 11 negara membuktikan Labuan relevan sebagai destinasi pelancongan sukan laut yang kompetitif.
  • Pasukan Blue Ocean 1 dari Hong Kong juara Pertandingan Memancing Laut Dalam, rekod tangkapan 66.12kg dan hadiah RM45,000.
  • Penyertaan 15 acara meningkat 108.88 peratus kepada 5,082 peserta; LISC edisi ke-29 dijangka 27 April hingga 2 Mei 2027.

Majlis penutupan disempurnakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Lo Su Fui.

imbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Lo Su Fui. – RTM

Dalam ucapannya, beliau berkata penganjuran LISC bukan sekadar acara sukan laut tahunan, sebaliknya menjadi manifestasi kerjasama, semangat kesukanan serta platform menonjolkan keunikan dan identiti Labuan sebagai “Mutiara Laut China Selatan”.

Menurutnya, kehadiran peserta antarabangsa dari 11 negara membuktikan Labuan kekal relevan sebagai destinasi pelancongan sukan yang kompetitif di peringkat global.

Beliau berkata, kerajaan sentiasa komited menyokong inisiatif yang mampu merancakkan ekonomi setempat selain mengangkat imej Malaysia di mata dunia.

Pasukan Blue Ocean 1 dari Hong Kong muncul juara acara utama Pertandingan Memancing Laut Dalam dengan rekod tangkapan seberat 66.12 kilogram (kg), sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM45,000 berserta barangan memancing.

Pasukan Borneo Seamaster 1 ditempat kedua dengan tangkapan ikan sebanyak 61.72kg – RTM

Tempat kedua dimenangi pasukan Borneo Seamaster 1 dari Sabah dengan tangkapan 61.72kg yang melayakkan mereka memenangi RM15,000.

Manakala tempat ketiga menjadi milik pasukan Victoria Marlin 3 dari Labuan dengan tangkapan 58.94kg membawa pulang RM10,000.

Tempat ketiga menjadi milik pasukan Victoria Marlin 3 dari Labuan dengan tangkapan 58.94kg – RTM

Bagi kategori individu, Jamalusid Abu Noh mencuri tumpuan apabila berjaya menaikkan ikan Black Marlin seberat 76.6kg, sekali gus memenangi hadiah RM3,000.

Secara keseluruhan, penyertaan bagi 15 acara LISC 2026 meningkat 108.88 peratus kepada 5,082 peserta berbanding 2,433 penyertaan pada tahun lalu.

Penganjuran LISC edisi ke-29 dijangka berlangsung pada 27 April hingga 2 Mei 2027.