
KUALA LUMPUR, 3 Mei – Pelari pecut negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi berjaya mencatatkan masa larian 10.08 saat (s) dalam acara 100 meter (m) dalam kejohanan East Coast Relay yang berlangsung di Jacksonville, Florida, Amerika Syarikat pada Ahad.
- Catatan masa tidak diiktiraf kerana bantuan angin +4.1 m/s.
- Peraturan antarabangsa hanya membenarkan bantuan angin sehingga +2.0 m/s.
- Azeem menamatkan saringan pertama di tempat keempat dan keempat keseluruhan daripada 59 pelari.
- Walaupun dibantu angin, catatan itu tetap satu perkembangan positif bagi kariernya.
Bagaimanapun catatan masa itu tidak diiktiraf sebagai catatan rasminya kerana terdapat bantuan angin +4.1 m/s.
Mengikut peraturan antarabangsa, bantuan angin hanya dibenarkan setakat +2.0 m/s sahaja.
Catatan masa pelari kelahiran Perak itu dibuat dalam saringan pertama yang menyaksikan Azeem menamatkan larian di tempat keempat.
Azeem berada di kedudukan keempat daripada keseluruhan 59 pelari yang mengambil bahagian.

Pelari dari Universiti Tennessee, Traunard Folson berada di kedudukan pertama dengan catatan 9.93s, sementara rakan sepasukan Azeem dari Universiti Auburn, Kanyinsola Ajayi dan Omari Lewis menamatkan saingan di kedudukan kedua serta ketiga dengan catatan 9.99s dan 10.05s.
Meskipun catatan masa yang dilakukan pelari berusia 22 tahun itu dibantu angin, ia tetap satu perkembangan positif buat dirinya.