Malaysia perkukuh grid elektrik, pacu peralihan tenaga


Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir

KUALA LUMPUR, 5 November – Projek berintensif tenaga perlu mengambil kira beberapa aspek utama, termasuk tahap kesiapsiagaan infrastruktur, kecekapan penggunaan tenaga, penglibatan pembekal tempatan, pembangunan kemahiran serta potensi manfaat ekonomi yang lebih luas.

RINGKASAN BERITA AI
  • Perkukuhan grid elektrik, RP4 luluskan perbelanjaan modal kira-kira RM42.8 bilion untuk 2025 hingga 2027 memodenkan rangkaian di Semenanjung Malaysia.
  • Permintaan baharu datang dari pusat data dan pembuatan berteknologi tinggi termasuk semikonduktor, perlu bekalan elektrik stabil dan boleh dipercayai.
  • Permintaan puncak di Semenanjung diunjurkan meningkat kira-kira lima peratus setahun, daripada 21 GW (2026) kepada lebih 33 GW menjelang 2035.
  • Pemaju dan utiliti digesa utamakan pembekal serta tenaga kerja tempatan, mengamalkan tadbir urus baik dan komitmen jangka panjang kepada komuniti.

Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, kejayaan peralihan tenaga bukan hanya bergantung pada nilai pelaburan, tetapi turut ditentukan oleh keupayaan negara menjana, mengekalkan dan mengeksport nilai ekonomi.

“Pertama, pengukuhan grid elektrik. Di bawah Tempoh Kawal Selia Keempat (RP4), perbelanjaan modal kira-kira RM42.8 bilion telah diluluskan bagi tempoh 2025 hingga 2027 untuk memperkukuh dan memodenkan rangkaian elektrik di Semenanjung Malaysia.

“Kedua, sumber permintaan baharu. Perkembangan pusat data dan sektor pembuatan berteknologi tinggi,termasuk semikonduktor, meningkatkan keperluan terhadap bekalan elektrik yang stabil dan boleh dipercayai,” katanya ketika berucap Persidangan dan Pameran Strategik Peralihan Tenaga Bersih Asia (CETA) 2026, di sini, pada Khamis.

Mengulas lanjut, beliau berkata, permintaan puncak elektrik di Semenanjung Malaysia diunjurkan meningkat kira-kira lima peratus setahun, daripada sekitar 21 gigawatt (GW) pada 2026 kepada lebih 33 GW menjelang 2035.

Unjuran itu turut membuka peluang pelaburan dalam sektor penjanaan tenaga, infrastruktur grid, penyimpanan tenaga, sistem penyejukan dan elektronik kuasa.

Dalam pada itu, beliau menggesa pemaju projek dan syarikat utiliti supaya mengutamakan penggunaan pembekal serta tenaga kerja tempatan.

“Pelabur, pemaju projek, institusi pembiayaan dan syarikat utiliti perlu mengemukakan projek yang berdaya maju, mengamalkan tadbir urus yang baik serta mempunyai komitmen jangka panjang terhadap komuniti setempat.

“Malaysia menawarkan peluang jangka panjang untuk bersama-sama membangunkan ekonomi yang lebih berdaya tahan dan berdaya saing,” katanya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.