Semua sekolah di Selangor dibuka pada Jumaat

Foto BERNAMA

SELANGOR, 15 Oktober – Semua sekolah di Selangor dibuka pada Jumaat dengan aktiviti luar ditangguhkan susulan situasi jerebu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pelajar digalakkan memakai pelitup separuh muka semasa hadir ke sekolah.
  • Ibu bapa dibenarkan tidak menghantar anak jika bimbang, dengan memaklumkan kepada pihak sekolah.
  • JPN Selangor dan pentadbir sekolah akan memantau bacaan Indeks Pencemar Udara secara berkala.
  • Ibu bapa dan penjaga dinasihatkan merujuk saluran komunikasi rasmi JPN atau sekolah bagi maklumat sahih.

Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor menerusi kenyataan memaklumkan, semua murid yang hadir ke sekolah digalakkan memakai pelitup separuh muka.

“Ibu bapa yang bimbang terhadap kesihatan anak-anak ketika bersekolah semasa jerebu, dibenarkan tidak menghantar anak ke sekolah dengan memaklumkan perkara itu kepada pihak sekolah,” menurut jabatan itu.

JPN Selangor dan pihak pentadbir akan terus memantau bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) yang dikeluarkan Jabatan Alam Sekitar secara berkala di samping memberi perhatian khusus kepada murid yang berisiko tinggi.

Selain itu, ibu bapa dan penjaga dinasihatkan merujuk saluran komunikasi rasmi JPN Selangor atau pihak sekolah bagi mendapatkan maklumat yang sahih dan terkini.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.