Gempa bumi kuat 6.4 magnitud di Indian Ridge Tengah

Facebook: Malaysian Meteorological Department (METMalaysia)

KUALA LUMPUR, 13 Oktober- Gempa bumi kuat bermagnitud 6.4 berlaku di Indian Ridge Tengah pada 8.23 malam ini, pada kedalaman 10 kilometer.

RINGKASAN BERITA AI
  • Sumber: Facebook Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia).
  • Koordinat kejadian: 0.3 darjah Selatan, 19.5 darjah Barat.
  • Kira-kira 3,193 kilometer ke selatan Las Palmas, Sepanyol.
  • Penilaian awal MetMalaysia: tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan gempa bumi itu berlaku pada koordinat 0.3 darjah selatan dan 19.5 darjah barat, kira-kira 3,193 kilometer ke selatan Las Palmas, Sepanyol.

Menurut penilaian awal MetMalaysia, gempa bumi itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.