Rakyat Malaysia di Arab Saudi dinasihat kekal waspada, elak kawasan berisiko

Lapangan terbang jadi sasaran serangan maut/Gambar tular

KUALA LUMPUR, 11 Oktober — Rakyat Malaysia yang berada di Arab Saudi dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan peka terhadap perkembangan semasa susulan situasi keselamatan terkini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Elak kawasan berisiko tinggi, patuhi arahan pihak berkuasa dan ikuti saluran rasmi.
  • Jangan mengambil atau menyebarkan gambar atau video insiden yang boleh mencetuskan panik atau mengganggu operasi pihak berkuasa.
  • Rancang perjalanan, semak status penerbangan serta daftar dan kemas kini maklumat keberadaan untuk bantuan konsular kecemasan.

Kedutaan Besar Malaysia (KBM) di Riyadh turut menasihatkan rakyat Malaysia supaya mengelakkan kawasan berisiko tinggi, mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan serta mengikuti perkembangan menerusi saluran rasmi.

“Rakyat Malaysia dinasihatkan supaya tidak mengambil atau menyebarkan gambar dan video berkaitan insiden keselamatan yang boleh mencetuskan panik atau mengganggu operasi pihak berkuasa.

“Rakyat Malaysia juga dinasihatkan merancang perjalanan dengan teliti serta menyemak status penerbangan secara langsung dengan syarikat penerbangan dan pihak lapangan terbang sebelum berlepas,” menurut kenyataan itu hari ini.

Selain itu, rakyat Malaysia yang menetap atau sedang berada di Arab Saudi diminta mendaftar dan mengemas kini maklumat keberadaan mereka bagi memudahkan penyampaian maklumat serta bantuan konsular sekiranya diperlukan.

“KBM Riyadh sentiasa berhubung dengan pihak berkuasa Arab Saudi dan akan menyalurkan perkembangan penting melalui saluran rasmi,” katanya.

Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular kecemasan boleh menghubungi talian hotline KBM Riyadh di +966 56 300 6319 atau melalui e-mel mwriyadh@kln.gov.my.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.