Peruntukan RM1.21 bilion perkasa diplomasi negara

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 10 Oktober – Peruntukan RM1.21 bilion yang diterima Kementerian Luar Negeri (KLN) dalam Belanjawan 2027 mencerminkan komitmen berterusan kerajaan dalam memperkasa jentera diplomasi negara bagi mendepani landskap geopolitik global yang semakin dinamik dan mencabar.

RINGKASAN BERITA AI
  • Peruntukan dioptimumkan untuk mencapai keberhasilan strategik Kementerian Luar Negeri dalam menghadapi cabaran geopolitik global.
  • KLN menyambut Belanjawan 2027 MADANI dan komited melaksanakan Kerangka Ekonomi MADANI serta RMK13 untuk manfaat negara.
  • Memperkasa jentera diplomasi serta memperkukuh jaringan dua hala, serantau dan global demi keamanan, kesejahteraan dan kemakmuran rakyat.

Kenyataan KLN menyebut, peruntukan yang merangkumi RM986 juta bagi Belanja Mengurus dan RM225 juta bagi Belanja Pembangunan itu akan dioptimumkan untuk mencapai keberhasilan strategik negara.

“KLN menyambut baik pembentangan Belanjawan 2027 Kerajaan MADANI bertemakan Malaysia Madani: Menggapai di Langit, Mengakar di Bumi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam.

“Belanjawan 2027 merupakan Belanjawan MADANI Kelima dengan matlamat untuk terus menuai hasil dasar-dasar Kerajaan, termasuk Kerangka Ekonomi MADANI dan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) dalam mengemudi Malaysia,” katanya.

KLN akan terus memperkasa jentera diplomasi Malaysia serta memperkukuh peranan dan jaringan di peringkat dua hala, serantau dan global bagi meneroka peluang baharu demi merealisasikan aspirasi kerajaan dalam memastikan keamanan, kesejahteraan dan kemakmuran rakyat dan negara.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.