
KUALA LUMPUR, 1 Oktober – Gandingan padel lelaki negara, Christian Chin-Aidan Yunus melangkah ke separuh akhir Sukan Asia Aichi-Nagoya selepas menewaskan pasangan Filipina, Jason Lapidus-Argil Canizares 2-1 dalam aksi suku akhir, hari ini.
RINGKASAN BERITA AI
- Pasangan negara bangkit selepas kehilangan set kedua, memenangi perlawanan 6-3, 3-6, 6-3 dalam masa 1 jam 47 minit.
- Sebelum ini mereka menang 2-1 ke atas pasangan Kazakhstan Timur Khabibulin dan Yevgeniy Danilov pada pusingan kedua.
- Mereka dijadualkan berdepan wakil Iran Amir Mohammad Jamshidi dan Farsad Shahi dalam aksi seterusnya esok.
Pasangan negara itu bangkit selepas kehilangan set kedua untuk memastikan kemenangan 6-3, 3-6, 6-3 dalam perlawanan yang berlangsung selama satu jam 47 minit.
Christian dan Aidan sebelum ini turut mencatat kemenangan 2-1 ke atas pasangan Kazakhstan, Timur Khabibulin-Yevgeniy Danilov pada pusingan kedua.
Kemenangan itu membolehkan gandingan negara meneruskan cabaran dalam aksi seterusnya yang dijadualkan esok, bertemu wakil Iran, Amir Mohammad Jamshidi dan Farsad Shahi.