
JOHOR BAHRU, 20 September -Sebanyak tujuh kenderaan yang berada di kawasan parkir di hadapan Balai Polis Plentong di sini rentung dalam kebakaran kira-kira 11.30 pagi tadi.
RINGKASAN BERITA AI
- Kenderaan terbabit terdiri daripada dua lori, tiga kereta dan dua motosikal.
- 14 anggota dan dua jentera dari Balai Bomba Tebrau dan Johor Jaya dikerahkan ke lokasi.
- Api berjaya dikawal dan dipadam sepenuhnya kira-kira dua jam kemudian.
- Tiada kecederaan dilaporkan; punca dan anggaran kerugian masih disiasat.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Johor memaklumkan kenderaan terbabit terdiri daripada dua buah lori, tiga buah kereta dan dua motosikal.
Seramai 14 anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Tebrau dan Johor Jaya dikerahkan ke lokasi bagi mengawal kebakaran.
Api berjaya dikawal dan dipadamkan sepenuhnya kira-kira dua jam kemudian.
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian berkenaan.
Punca dan anggaran kerugian masih disiasat.