AS nafi campur tangan tentukan kepimpinan politik Malaysia

Foto Facebook US Embassy Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR, 6 September – Amerika Syarikat (AS) menafikan dakwaan pernah campur tangan dalam menentukan kepimpinan politik di Malaysia.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kuasa Usaha Kedutaan AS, David H. Gamble Jr., menegaskan laporan dakwaan campur tangan politik di Malaysia adalah palsu.
  • Penafian dibuat susulan dakwaan Abdul Hadi bahawa AS menawarkan bantuan kepada PAS untuk menjatuhkan UMNO.
  • Abdul Hadi mendakwa tawaran berlaku semasa lawatan bekas Presiden AS Barack Obama ke Malaysia pada 2014.

Kuasa Usaha Kedutaan AS ke Malaysia, David H. Gamble Jr. menegaskan sebarang laporan atau dakwaan yang menyatakan AS pernah terlibat dalam usaha tersebut adalah tidak benar.

“Sebarang laporan yang menyatakan sebaliknya adalah palsu,” katanya dalam satu kenyataan.

Penafian itu dibuat susulan laporan media mengenai dakwaan Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Tan Sri Abdul Hadi Awang, bahawa AS pernah menawarkan bantuan kepada parti berkenaan bagi menjatuhkan UMNO dan mengambil alih kerajaan.

Menurut Tan Sri Abdul Hadi, tawaran tersebut didakwa berlaku ketika lawatan bekas Presiden AS, Barack Obama, ke Malaysia pada 2014.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.