
KUALA LUMPUR, 30 September –Penumpang yang menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) antara 2 hingga 4 Oktober ini dinasihatkan memperuntukkan masa perjalanan tambahan.
- Jangkaan kesesakan lalu lintas berikutan Grand Prix Formula 1 di SIC yang mungkin menjejaskan perjalanan ke KLIA.
- Pantau perkembangan trafik dan penutupan jalan daripada PDRM serta rancang laluan alternatif jika perlu.
- Gunakan KLIA Ekspres sebagai alternatif; tiba sekurang-kurangnya tiga jam antarabangsa, dua jam penerbangan domestik; kaunter tutup 60 minit sebelum berlepas.
Ia berikutan jangkaan kesesakan lalu lintas sempena Grand Prix Formula 1 Gulf Air Bahrain 2026 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada hari yang sama.
Malaysia Airlines memaklumkan akses ke KLIA kekal tersedia, namun penumpang digalakkan memantau perkembangan trafik dan penutupan jalan terkini daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta merancang laluan alternatif jika perlu.
“Penumpang turut disaran menggunakan perkhidmatan KLIA Ekspres sebagai alternatif untuk ke lapangan terbang,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Bagi memastikan urusan perjalanan lancar, penumpang penerbangan antarabangsa dinasihatkan tiba di KLIA sekurang-kurangnya tiga jam sebelum waktu berlepas.
Manakala penerbangan domestik sekurang-kurangnya dua jam lebih awal.
Kaunter daftar masuk bagi penerbangan domestik dan antarabangsa akan ditutup 60 minit sebelum waktu berlepas yang dijadualkan.
Malaysia Airlines turut menghargai kerjasama dan pemahaman penumpang sepanjang tempoh berkenaan.