Serian, Kuching catat IPU tahap bahaya setakat 11 pagi Jumaat

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 4 September – Kualiti udara di Sarawak pagi ini terus merosot dengan stesen pemantauan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian merekodkan Indeks Pencemar Udara (IPU) bahaya melepasi 500 iaitu 517.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kuching catat bacaan IPU pada tahap bahaya iaitu 310 setakat 11.00 pagi.
  • Samarahan dan Sri Aman merekodkan tahap sangat tidak sihat, masing-masing 281 dan 239.
  • Sepuluh kawasan merekodkan bacaan IPU tidak sihat, enam di Sarawak termasuk Sarikei, Sibu, Mukah, Bintulu, Samalaju, ILP Miri.
  • Dua kawasan Sabah dan dua di Johor turut tidak sihat: Sandakan, Kota Kinabalu, Pasir Gudang, Segamat.

Berdasarkan kemas kini di laman sesawang Sistem Indeks Pencemar Udara (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS), setakat 11.00 pagi, Kuching juga mencatatkan bacaan pada tahap bahaya iaitu 310.

Samarahan dan Sri Aman pula merekodkan bacaan paras sangat tidak sihat iaitu (281) dan Sri Aman (239).

10 kawasan pula merekodkan bacaan IPU tidak sihat dengan enam daripadanya di Sarawak iaitu Sarikei (182), Sibu (178), Mukah (175), Bintulu (157) , Samalaju (151) dan ILP Miri (113).

Dua kawasan di Sabah turut merekodkan bacaan IPU tidak sihat iaitu Sandakan dan Politeknik Kota Kinabalu, dengan masing-masing 152 dan 120.

Di Semenanjung, dua kawasan di Johor mencatatkan kualiti udara tidak sihat iaitu Pasir Gudang (126) dan Segamat (102)

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.