Virgo Transport 8 : Angka kematian cecah 71 orang, 64 masih hilang

Pasukan mencari dan menyelamat menemukan lima lagi mayat dalam feri karam itu pada Isnin / Foto fail AFP

JAKARTA, 28 September – Angka kematian insiden feri Virgo Transport 8 karam di Laut Jawa Indonesia meningkat kepada 71 selepas pasukan mencari dan menyelamat menemukan lima lagi mayat pada Isnin, dengan 64 masih hilang.

RINGKASAN BERITA AI
  • Operasi dijalankan pada hari ke-16 oleh penyelam Basarnas, Tentera Laut Indonesia dan unit SAR lain.
  • Mangsa ditemukan oleh pasukan penyelam di dalam kapal karam itu, menurut Ketua Basarnas Mohammad Syafii.
  • Mayat dibawa ke darat untuk pengecaman dan pengendalian lanjut oleh pihak berkuasa berkaitan.
  • Virgo Transport 8 membawa 243 orang dan 89 kenderaan; setakat Isnin 179 daripada 243 ditemui, termasuk 108 terselamat.

Operasi membawa keluar kelima-lima jasad itu dilakukan pada hari ke-16 operasi oleh pasukan penyelam terdiri daripada Kumpulan Khas Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional (Basarnas), anggota Tentera Laut Indonesia dan unit SAR lain.

“Kelima-lima mangsa ditemukan oleh pasukan penyelam di dalam kapal karam itu,” kata ketua Basarnas Mohammad Syafii, menurut agensi berita Antara.

Beliau menambah mayat telah dibawa ke darat untuk pengecaman dan pengendalian lanjut oleh pihak berkuasa berkaitan.

Virgo Transport 8, yang membawa 243 orang dan 89 kenderaan dari Surabaya di Jawa Timur ke Banjarmasin di Kalimantan Selatan, terputus hubungan kira-kira 2 pagi waktu tempatan pada 13 Sept.

Kapal tersebut kemudiannya ditemukan dalam keadaan terbalik hari yang sama sebelum tenggelam beberapa hari selepas itu.

Mohamad Syafii berkata setakat 6 petang waktu tempatan Isnin, 179 daripada 243 orang yang disenaraikan dalam manifes kapal itu telah dijumpai, termasuk 108 yang terselamat. – BERNAMA

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.