Banjir Bangkok : Aksi jet ski di jalan raya, dua lelaki didakwa

Foto orang awam

BANGKOK, 28 September – Aksi seorang lelaki menunggang jet ski di jalan yang dilanda banjir di Bangkok membawa padah apabila dia ditahan dan didakwa kerana menyebabkan gangguan awam.

RINGKASAN BERITA AI
  • Rakaman menunjukkan aksi memecut di Jalan New Phetchaburi, pusingan tajam menghasilkan ombak besar yang melanda rumah dan premis.
  • Rakannya, warga Thailand yang merakam aksi itu, turut didakwa.
  • Polis Makkasan merampas jet ski dan akan memohon mahkamah supaya kenderaan itu disita.
  • Bangkok dilanda banjir teruk selepas hujan lebat; kerajaan isytiharkan cuti khas dan buka pusat perlindungan sementara.

Rakaman menunjukkan lelaki itu memecut di Jalan New Phetchaburi, membuat pusingan tajam dan menghasilkan ombak besar yang melanda rumah serta premis di tepi jalan.

Rakannya merupakan warga Thailand yang merakam aksi itu turut didakwa.

Polis Makkasan merampas jet ski berkenaan dan akan memohon kepada mahkamah supaya kenderaan tersebut disita.

Aksi itu berlaku ketika Bangkok berdepan banjir teruk susulan hujan lebat sejak 24 September.

Hampir 300 milimeter hujan direkodkan dalam tempoh 48 jam, menyebabkan beberapa jalan utama dan kawasan perumahan dinaiki air.

Kerajaan Thailand mengisytiharkan 28 dan 29 September sebagai cuti khas bagi penjawat awam di Bangkok, Nonthaburi, Pathum Thani dan Samut Prakan bagi mengurangkan pergerakan serta kesesakan lalu lintas di kawasan terjejas.

Pihak berkuasa turut membuka pusat perlindungan sementara untuk penduduk yang terjejas akibat banjir. – VIORY

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.