
KUANTAN, 2 September – Tiga sekeluarga yang maut dalam nahas membabitkan 11 kenderaan di Kilometer 110.4 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1, arah Lanchang menghala Kuantan, selamat dikebumikan pukul 10.30 malam Selasa.
- Jenazah Muhammad Nazatul Nazmi, 32, isterinya Nur Atiqah Sofiya Mohd Kazwan, 32, dan anak Muhammad Armaan Nazeef, empat tahun dikebumikan dalam satu liang lahad.
- Jenazah tiba di tanah perkuburan selepas disembahyangkan kali kedua di Masjid Saidina Ali Bin Abi Talib, Bukit Sekilau.
- Jenazah dituntut waris selepas bedah siasat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh dan dibawa ke Masjid Paya Luas untuk mandi dan solat.
- Kemalangan kira-kira pukul 10 malam melibatkan 11 kenderaan termasuk empat kereta, tiga SUV, sebuah MPV, pikap, lori dan bas.
Jenazah Muhammad Nazatul Nazmi, 32, isterinya Nur Atiqah Sofiya Mohd Kazwan, 32, dan anak mereka, Muhammad Armaan Nazeef, empat tahun dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Setali, di sini.
Jenazah mereka tiba di tanah perkuburan pada pukul 9.23 malam selepas disembahyangkan kali kedua di Masjid Saidina Ali Bin Abi Talib, Bukit Sekilau.
Terdahulu, jenazah tiga beranak itu dituntut waris selepas bedah siasat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAH), Temerloh pada pukul 1 tengah hari dan dibawa ke Masjid Paya Luas, Temerloh untuk dimandi, dikafan dan disolatkan.
Dalam pada itu, situasi pilu menyelubungi tanah perkuburan dengan pengebumian dihadiri ahli keluarga, sahabat dan penduduk setempat.
Tiga sekeluarga itu antara empat yang meninggal dunia dalam kemalangan membabitkan 11 kenderaan di LPT 1, arah timur berhampiran susur keluar Plaza Tol Temerloh.
Seorang lagi mangsa yang maut ialah Seow Beng Wain, 55, dari Kota Kemuning, Shah Alam, Selangor, yang merupakan penumpang sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV).
Kemalangan kira-kira pukul 10 malam Isnin melibatkan empat kereta, tiga kenderaan SUV serta masing-masing sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV), pikap, lori dan bas.