Dasar pemilikan ekuiti Bumiputera bawah bidang kuasa EPU – MITI

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 22 September – Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menegaskan tidak mempunyai sebarang makluman mengenai penyelarasan syarat pemilikan Institusi Pendidikan Swasta (IPS) bawah Kementerian Pendidikan (KPM).

RINGKASAN BERITA AI
  • Dasar pemilikan ekuiti Bumiputera berada di bawah bidang kuasa Kementerian Ekonomi (EPU).
  • MITI berharap penjelasan membantu memperbetul peranan kementerian dan memastikan maklumat awam tepat serta jelas.
  • KPM memaklumkan syarat minimum 30 peratus ekuiti Bumiputera tidak lagi ditetapkan bagi IPS.
  • Penyelarasan dibuat untuk memenuhi keperluan semasa sektor pendidikan dan mengekalkan keterbukaan penyertaan semua pihak.

Kementerian itu dalam kenyataan menjelaskan, ia susulan kenyataan media KPM, semalam yang memaklumkan keputusan mengenai syarat pemilikan itu dipersetujui selepas sesi perbincangan MITI.

”Untuk penjelasan, perkara berkaitan dasar pemilikan ekuiti Bumiputera adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Ekonomi (EPU).

”MITI berharap penjelasan itu, membantu memperbetul peranan pihak kementerian agar maklumat yang disampaikan kepada pihak awam adalah tepat dan jelas,”jelas MITI.

Semalam, KPM memaklumkan pemilikan sekurang-kurangnya 30 peratus ekuiti Bumiputera tidak lagi ditetapkan sebagai syarat bagi syarikat sendirian berhad yang mengoperasikan Institusi Pendidikan Swasta (IPS) di bawah Kementerian Pendidikan (KPM).

Penyelarasan dibuat bagi memenuhi keperluan semasa sektor pendidikan serta memastikan ruang penyertaan dalam pendidikan kekal terbuka kepada semua pihak yang mahu menyumbang kepada pembangunan pendidikan negara,” menurut kenyataan KPM.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.