Tiga kawasan di Sarawak catat IPU tahap bahaya

Bacaan tertinggi direkodkan di IPD Serian, diikuti Kuching dan Samarahan

KUALA LUMPUR, 2 September – Tiga kawasan di Sarawak merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap berbahaya, setakat 8 pagi ini (Rabu).

RINGKASAN BERITA AI
  • Bacaan tertinggi direkodkan di IPD Serian (320), diikuti Kuching (318) dan Samarahan (302).
  • Lima kawasan lain catat tahap sangat tidak sihat: Sibu (292), Sarikei (283), Mukah (241), Bintulu (226), Sri Aman (214).
  • 44 stesen tahap sederhana, tiada stesen pada tahap baik; skala IPU: 0-50 baik, 51-100 sederhana, 101-200 tidak sihat.

Bacaan tertinggi direkodkan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian, iaitu 320.

Data Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS) menunjukkan dua lagi kawasan yang merekodkan bacaan IPU tahap berbahaya ialah Kuching (318) dan Samarahan (302).

Sementara itu, lima kawasan di Sarawak mencatatkan bacaan IPU pada tahap sangat tidak sihat, iaitu Sibu (292), Sarikei (283), Mukah (241), Bintulu (226) dan Sri Aman (214).

Sebanyak 16 stesen pula merekodkan bacaan IPU pada tahap tidak sihat.

Samalaju di Sarawak mencatatkan bacaan tertinggi, iaitu 196, diikuti Kapit, Sarawak (187), Politeknik Kota Kinabalu, Sabah (185), ILP Miri, Sarawak (183) dan Labuan (181).

Turut merekodkan bacaan tidak sihat ialah Miri, Sarawak (181), Kota Kinabalu, Sabah (179), Kimanis, Sabah (175), Keningau, Sabah (173), Limbang, Sarawak (173), Johan Setia, Selangor (161), Sandakan, Sabah (152), Putrajaya (148), Nilai, Negeri Sembilan (137), Tawau, Sabah (123) dan Seremban, Negeri Sembilan (116).

Sebanyak 44 stesen merekodkan bacaan tahap sederhana, manakala tiada stesen mencatatkan bacaan pada tahap baik.

Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat dan IPU melebihi 300 adalah berbahaya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.