Rakyat Malaysia di Qatar dinasihat peka dengan perkembangan terkini

Mereka yang memerlukan bantuan boleh menghubungi kedutaan di Doha

KUALA LUMPUR, 2 September – Rakyat Malaysia di Qatar dinasihatkan agar sentiasa peka dengan perkembangan serta sebarang notis yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan susulan perkembangan terkini di rantau itu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Semak jadual penerbangan terkini bagi perjalanan dari atau melalui Qatar untuk memastikan kelancaran perjalanan.
  • Ikuti notis rasmi Kedutaan Besar Malaysia di Doha di Facebook untuk maklumat dan amaran terkini.
  • Hubungi kedutaan di talian +974 3374 6733 atau +974 4483 6463 atau e-mel mwdoha@kln.gov.my untuk bantuan.
  • Notis dikeluarkan susulan serangan AS terhadap Iran dan serangan balas Kor Pengawal Revolusi Islam Iran.

Kedutaan Besar Malaysia di Doha menerusi notis di Facebook turut mengingatkan individu yang melakukan perjalanan dari atau melalui Qatar supaya menyemak jadual penerbangan terkini bagi memastikan kelancaran perjalanan.

Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan lanjut boleh menghubungi kedutaan di talian +974 3374 6733 / +974 4483 6463 atau menerusi emel : mwdoha@kln.gov.my.

Notis itu dikeluarkan susulan serangan terbaharu Amerika Syarikat (AS) ke atas Iran pada Selasa, disusuli serangan balas Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) terhadap pangkalan dan aset AS di rantau itu.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.