
KUALA LUMPUR, 24 Ogos – Tiga buah rumah setinggan separuh kekal musnah sepenuhnya dalam kebakaran di Jalan Ismail Ghani, Kampung Kasipillay, Sentul, awal pagi tadi.
- Seorang lelaki 26 tahun mengalami melecur pada badan dan kaki, dihantar ke Hospital Kuala Lumpur dan dirawat di Zon Merah.
- Kebakaran melibatkan bangunan kelas C dengan keluasan kira-kira 4,872 kaki persegi.
- Kebakaran menyebabkan 100 peratus kemusnahan sepenuhnya terhadap struktur terlibat.
- Operasi melibatkan BBP Sentul dengan bantuan BBP Hang Tuah dan BBP Gombak Selatan, tiga jentera FRT, Water Tanker, EMRS dan 28 anggota.
Dalam kejadian kira-kira pukul 1.15 pagi itu, seorang lelaki warga tempatan berusia 26 tahun mengalami kecederaan melecur pada bahagian badan dan kaki.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur dalam kenyataan memaklumkan kebakaran membabitkan tiga buah rumah setinggan separuh kekal (bangunan kelas C) dengan keluasan keseluruhan kira-kira 4,872 kaki persegi.
“Setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian, didapati kebakaran melibatkan tiga buah rumah setinggan separuh kekal (bangunan kelas C) dengan keluasan keseluruhan kira-kira 4,872 kaki persegi. Kebakaran mengakibatkan 100% kemusnahan terhadap struktur yang terlibat.
“Dalam kejadian tersebut, terdapat seorang mangsa lelaki berbangsa Melayu, berumur 26 tahun mengalami kecederaan melecur pada bahagian badan dan kaki,” menurut Penolong Pengarah Operasi Negeri PgKB I Ahmad Mukhlis Mukhtar, dalam kenyataan tersebut.
Mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan dirawat di Zon Merah.
Operasi membabitkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sentul dengan bantuan BBP Hang Tuah dan BBP Gombak Selatan, melibatkan tiga jentera FRT, sebuah Water Tanker dan sebuah EMRS serta kekuatan 28 anggota lain-lain pangkat.
Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya dan punca kejadian masih dalam siasatan Unit Forensik JBPM.