Iran benarkan kapal tangki minyak Iraq melalui Selat Hormuz

Foto REUTERS

BAGHDAD, 22 Ogos – Iran akhirnya memberi kebenaran kepada sejumlah kapal tangki minyak Iraq untuk melalui Selat Hormuz, selepas Baghdad berulang kali mengemukakan permintaan menerusi pelbagai saluran.

RINGKASAN BERITA AI
  • Tehran memudahkan laluan kapal pengangkut minyak Iraq dalam beberapa hari, kata Presiden Nizar Amedi.
  • Baghdad mengadakan perbincangan dengan pegawai Iran mengenai eksport minyak melalui Selat, tetapi isu itu masih rumit.
  • Baghdad cuba kurangkan kebergantungan Hormuz dengan tingkatkan eksport melalui Ceyhan, dan merancang pelabuhan Baniyas serta Aqaba.

Agensi berita rasmi Iran, IRNA melaporkan pada Sabtu bahawa permohonan kebenaran khas bagi kapal tangki Iraq merupakan antara permintaan utama Baghdad ketika lawatan Speaker Parlimen Iran, Mohammad Baqer Qalibaf ke Iraq.

Menurut Presiden Iraq, Nizar Amedi, Tehran sejak beberapa hari lalu memudahkan kapal pengangkut minyak Iraq melalui Selat Hormuz.

Ketika berucap pada Persidangan Dialog Baghdad, beliau turut memaklumkan bahawa Baghdad telah mengadakan perbincangan dengan pegawai Iran berhubung usaha mengeksport minyak Iraq melalui laluan strategik berkenaan.

“Isu itu masih rumit,” katanya.

Iraq merupakan antara negara paling terjejas akibat penutupan Selat Hormuz oleh Iran.

Trafik perkapalan di selat itu masih jauh lebih rendah berbanding paras sebelum perang, manakala kapal yang melalui kawasan berkenaan terus berdepan serangan.

Sebelum tercetus perang Iran, Iraq mengeluarkan kira-kira empat juta tong minyak sehari.

Pada Jumaat, Perdana Menteri Iraq, Ali al-Zaidi berkata, dalam usaha mengurangkan kebergantungan terhadap Selat Hormuz, Baghdad kini berusaha meningkatkan eksport minyak menerusi pelabuhan Ceyhan di Turkiye, selain merancang untuk memulakan eksport melalui pelabuhan Baniyas di Syria dan Aqaba di Jordan. -REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.