Tambahan aset JBPM Selangor perkukuh kecekapan operasi

Foto JBPM Selangor

SHAH ALAM, 20 Ogos Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor kini memiliki 34 unit Light Operation Vehicle (LOV) 4×4, sekali gus memperkukuh keupayaan mobiliti, kesiapsiagaan dan kecekapan pengoperasian.

RINGKASAN BERITA AI
  • Menyokong operasi di 38 Balai Bomba dan Penyelamat di seluruh Selangor, memperluas liputan dan kesiapsiagaan pasukan.
  • Digunakan sebagai aset sokongan balai untuk pergerakan anggota, pengangkutan peralatan, pemantauan kawasan dan sokongan awal ketika kecemasan.
  • Lima unit dilengkapi winch dan tombol penarik bot, meningkatkan keupayaan penarikan khususnya semasa banjir dan laluan berlumpur.

Pengarahnya, Datuk Wan Md Razali Wan Ismail berkata sebanyak 15 unit diterima menerusi siri pertama, kedua dan ketiga manakala 19 unit pada siri keenam.

Menurut beliau dalam satu kenyataan, penerimaan aset itu turut menyokong operasi di 38 Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) di seluruh negeri itu.

“Kenderaan LOV 4×4 ini akan dimanfaatkan sebagai salah satu aset sokongan utama di peringkat balai bagi melaksanakan tugasan operasi dan pentadbiran, termasuk pergerakan anggota, pengangkutan peralatan, pemantauan kawasan serta sokongan awal ketika berlaku kecemasan dan bencana.

“Daripada keseluruhan kenderaan yang diterima, lima unit dilengkapi dengan winch penarik serta tombol penarik bot,” jelasnya.

Beliau menambah, kelengkapan tersebut memberikan keupayaan tambahan kepada pasukan dalam menghadapi situasi yang memerlukan mobiliti dan bantuan penarikan, khususnya di kawasan berisiko banjir, laluan berlumpur atau keadaan muka bumi yang sukar dilalui oleh kenderaan biasa.

“Kenderaan itu akan disusun penempatannya mengikut keperluan operasi dan profil risiko kawasan di seluruh Selangor,” katanya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.