Helikopter musnah terbakar di hangar MRO Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah

Foto JBPM Selangor

KUALA LUMPUR, 15 Ogos Sebuah helikopter musnah terbakar dalam kejadian di hangar perkhidmatan penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO), Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, tengah hari tadi, dipercayai akibat kebakaran yang berlaku berhampiran tangki minyak.

RINGKASAN BERITA AI
  • Empat mangsa lelaki warganegara Ukraine dilaporkan selamat; seorang mengalami cedera ringan akibat serpihan pesawat.
  • JBPM menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.30; jentera dari BBP Bukit Jelutong dihantar ke lokasi.
  • Lima anggota JBPM dan sebuah jentera Fire Rescue Tender dikerahkan; operasi pemadaman turut dijalankan oleh AFRS dan anggota bomba bertugas.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar menerusi satu kenyataan memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.30 tengah hari; sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Jelutong tiba di lokasi kejadian.

“Kesemua empat mangsa terdiri daripada lelaki warga Ukraine berada dalam keadaan selamat, manakala salah seorang mangsa cedera ringan susulan terkena serpihan pesawat.

“Seramai lima anggota JBPM dan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dikerahkan ke lokasi bagi operasi pemadaman.

“Kerja-kerja pemadaman turut dijalankan oleh pasukan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Lapangan Terbang (AFRS) bersama anggota bomba yang bertugas,” menurut kenyataan itu.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.