
SEREMBAN, 8 Ogos – Program Colours of Negeri Sembilan 2026 menyerlahkan keunikan seni budaya Negeri Sembilan.
- Program menjadi platform untuk penggiat seni berkarya dan mempamerkan karya mereka kepada masyarakat.
- Dijalankan dua kali sebulan dari Ogos hingga Disember dengan persembahan seperti Tarian Piring Lambung dan Rampaian Tradisional.
- Siri pertama bermula dengan Bengkel Asas Randai Nismilan sebagai pendedahan asas seni persembahan Randai.
Menurut Penolong Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Negeri Sembilan, Rosdiana Lukman, program itu menjadi platform untuk penggiat seni berkarya.
Ini juga memberi peluang kepada masyarakat setempat dan pelancong untuk melihat sendiri keunikan seni budaya di negeri beradat itu.
“Program Colours of Negeri Sembilan 2026 dilaksanakan sebanyak dua kali dalam sebulan bermula Ogos hingga Disember depan,” katanya.
“Kita akan bawakan genre persembahan berbeza contohnya malam ini kita persembahkan Tarian Piring Lambung yang merupakan identiti Negeri Sembilan kemudian Tarian Rampaian Tadisional diikuti persembahan lagu tradisionl Negeri Sembilan,” jelas beliau lagi.
Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan pembukaan pentas Colours of Negeri Sembilan di Auditorium Utama JKKN Negeri Sembilan di sini.
Program yang mendapat kerjasama daripada Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan itu menghimpunkan pelbagai pengisian seni budaya bagi memperkukuh usaha pemuliharaan, pemeliharaan dan pengembangan warisan budaya negeri.
Siri pertama dimulakan dengan Bengkel Asas Randai Nismilan bagi memberi pendedahan kepada peserta mengenai asas seni persembahan Randai.