
PUTRAJAYA, 8 Ogos – Belum ada sebarang aduan diterima daripada penjawat awam berhubung dakwaan mereka menerima tekanan daripada ahli politik, setakat ini.
- Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Dr Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz menegaskan penjawat awam memahami peraturan perkhidmatan.
- Beliau yakin kefahaman itu mampu menghalang tekanan daripada ahli politik terhadap penjawat awam.
- Kenyataan itu dibuat pada sidang media Program Larian Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam MAPPA XXI 2026 di Putrajaya.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Dr Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz yakin, kefahaman penjawat awam terhadap peraturan perkhidmatan dapat memastikan isu berkenaan tidak berlaku.
“Sehingga hari ini kita tidak menerima apa-apa aduan daripada penjawat awam yang dikatakan menerima tekanan daripada ahli politik terkait dengan apa yang dibangkitkan itu.
“Insya-Allah, saya percaya penjawat awam faham tentang peraturan yang mengikat mereka apabila mereka dilantik sebagai penjawat awam dan insya-Allah, perkara ini tidak akan berlaku,” katanya.
Beliau memaklumkannya pada sidang media Program Larian Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) XXI 2026 di sini.